[GE-26 Article] In Defence of "An Unstable Opposition"
By: Datuk CynicallyClash
The article titled “An Unstable Opposition” brought an incredibly surface-level observational point regarding how opposition parties tend to struggle when rising against dominant parties or politics in general. It frames the internal struggles of the opposition as a problem that affects the state of our politics. Despite this proposition, the article offers an unclear, confusing, and misguided conclusion as to why this article was written in the first place, actively refusing to address the elephant in the room.
We must analyse and differentiate what “unstable opposition” means. Does it mean Gerakan Suara Bangsa and Persatuan Anak Malaysia fighting for the government? Does it mean the significant disagreements within party internals? Is it trying to equate disagreements with instability? There is a mistaken perception that the opposition will fall into disarray whenever the biggest discourses and disagreements happen within. In reality, if a party is competent enough to handle and accommodate those disagreements, then it can be controlled as a prevalent dynamic of party politics. Politics are the field of disagreements, after all.
It is also worth pointing out that the article is wildly framing opposition parties as a force that cannot solidify itself as a united political unit. It uses the historical example of Langkah Beaufort, internal struggles of parties, personal valuation of parties, and questioning whether Barisan Rakyat Malaysia can “really return to its former glory as the opposition” as forms of argumentations. It gives an unnecessary moral burden to opposition parties to “return to its former glory” when it possesses an independence and freedom to determine how they should conduct and handle organisational affairs. Parti Demokratik Malaysia itself experienced the same form instability; the fight for leadership between Datuk Avillion_F1 and Machine1235, and the exposed plan to oust yaoshiiscool (which did not succeed).
In connection to the above, the article tends to confine a general issue, such as the shortage of talent, to opposition parties. It deliberately ignores the reality that shortage of talent is fundamentally happening to every single political party, not merely to GSB and PAM. This can be seen by how Parti Demokratik Malaysia only fielded five shadow ministers. There is a very tendentious note of how opposition parties are framed to having a chronic issue exclusive to them when it is happening to every single fabric of politics. Shortage of talents is not a new issue, but this framing tries to picture it like it is.
The implication of this article is that it provides a premise that the opposition is something that is unsustainable for the wrong reasons. It ignores the very basic and complex parts as to why the opposition behaves a certain way and how it differs comparatively to the dominating party. After that, it jumps into the vague conclusion that somehow the opposition is inferior to what it was then. It could have been an insightful piece of analysis towards the opposition party, but it opts to be intently malicious and belittling. This is visible through the use of a “former BRM leader”, “dawn of hope”, and “former glory” to justify its inquisition.
The imperfections of the opposition movement should not be mistaken as the collapse of it. The opposition movement is built collectively on the people’s hands, compared to the government which is built on institutional strength. It should be up to the public and its own members to always be a part of the momentum in achieving what it should be. Struggling is part of developing, and achieving a robust opposition does not depend on contemplating lousy and assumptive questions.
Sebuah artikel yang bertajuk “An Unstable Opposition” (Pembangkang yang Tidak Stabil) membawa kepada sudut pemerhatian yang sangat cetek mengenai bagaimana parti pembangkang kelihatan bergelut apabila bangkit menentang parti dominan atau arena ro-politik secara amnya. Ia menceritakan pergolakan dalaman pembangkang sebagai satu masalah yang menjejaskan keadaan ro-politik kita. Di sebalik "idea" ini, artikel tersebut memberikan kesimpulan yang tidak jelas, mengelirukan dan tersasar tentang mengapa ia ditulis pada asalnya, serta secara aktif enggan menangani isu utama yang nyata.
Kita mesti menganalisis dan membezakan apa yang dimaksudkan dengan "pembangkang yang tidak stabil". Adakah ia bermaksud Gerakan Suara Bangsa (GSB) dan Persatuan Anak Malaysia (PAM) sedang bertarung merebut kerajaan? Adakah ia membawa maksud perselisihan faham yang ketara di dalam parti? Adakah ia cuba menyamakan perselisihan faham dengan ketidakstabilan? Terdapat persepsi yang salah bahawa pembangkang akan jatuh ke kancah kekacauan setiap kali wacana dan perselisihan faham terbesar berlaku di dalamnya. Hakikatnya, jika sesebuah parti cukup cekap untuk mengendalikan dan menangani perselisihan faham tersebut, maka ia boleh dikawal sebagai dinamik yang lazim dalam politik parti. Lagipun, politik adalah medan perselisihan faham.
Perlu juga ditegaskan bahawa artikel tersebut secara melulu merangka parti pembangkang sebagai satu kuasa yang tidak dapat mengukuhkan dirinya sebagai sebuah unit politik yang bersatu. Ia menggunakan contoh sejarah Langkah Beaufort, pergolakan dalaman parti, penilaian peribadi terhadap parti, dan mempersoalkan sama ada Barisan Rakyat Malaysia (BRM) "benar-benar boleh kembali kepada kegemilangan asalnya sebagai pembangkang" sebagai bentuk penghujahan. Ia meletakkan beban moral yang tidak wajar kepada parti pembangkang untuk "kembali kepada kegemilangan asalnya" sedangkan ia memiliki kemerdekaan dan kebebasan untuk menentukan bagaimana mereka harus mengendalikan dan menguruskan hal ehwal organisasi. Parti Demokratik Malaysia (PDM) sendiri telah mengalami bentuk ketidakstabilan yang sama; perebutan tampuk kepimpinan antara Datuk Avillion_F1 dan Machine1235, serta terbongkarnya rancangan untuk menyingkirkan yaoshiiscool (yang tidak berjaya).
Rentetan daripada itu, artikel tersebut cenderung mengehadkan isu umum, seperti ketandusan bakat-bakat baharu dalam kepimpinan, hanya kepada parti pembangkang semata-mata. Ia sengaja mengabaikan realiti bahawa ketandusan bakat-bakat baharu ini pada asasnya berlaku kepada setiap parti politik, bukan hanya kepada GSB dan PAM. Perkara ini boleh dilihat melalui bagaimana PDM hanya menamakan lima orang menteri bayangan. Terdapat nada yang sangat berat sebelah tentang bagaimana parti pembangkang dirangka mempunyai isu kronik yang kononnya eksklusif bagi mereka sedangkan ia berlaku dalam setiap lapisan arena politik. Kekurangan bakat-bakat baharu bukanlah satu isu yang baharu, tetapi artikel itu cuba menggambarkannya seolah-olah ia isu baharu.
Implikasi artikel tersebut ialah ia memberikan premis bahawa pembangkang adalah sesuatu yang tidak kukuh atas sebab-sebab yang jelas silap. Ia mengabaikan bahagian yang sangat asas dan kompleks tentang mengapa pembangkang bertindak sedemikian rupa dan bagaimana ia berbeza kalau nak dibandingkan dengan parti yang mendominasi. Selepas itu, ia terus melompat kepada kesimpulan yang samar-samar bahawa kedudukan pembangkang kini adalah lebih rendah berbanding dahulu. Ia sepatutnya boleh menjadi satu analisis yang mendalam mengenai parti pembangkang, tetapi ia sebaliknya memilih untuk bersifat berniat jahat dan merendah-rendahkan. Ini jelas kelihatan melalui penggunaan terma "bekas pemimpin BRM", "sinar harapan" (dawn of hope) dan "kegemilangan silam" (former glory) untuk mewajarkan soal siasatnya.
Ketidaksempurnaan perjuangan pembangkang tidak seharusnya disalah erti sebagai babak-babak keruntuhannya. Perjuangan pembangkang dibina secara kolektif di tangan rakyat, berbanding kerajaan yang dibina di atas kekuatan institusi. Menjadi tanggungjawab orang awam dan ahli-ahlinya sendiri untuk sentiasa menjadi sebahagian daripada momentum dalam mencapai matlamat sebenar ia ditubuhkan. Jatuh bangun adalah sebahagian daripada proses kemajuan dan untuk mencapai sebuah pasukan pembangkang yang teguh tidak bergantung hanya dengan menelusuri soalan-soalan yang lemah dan penuh dengan andaian.
Disclaimer: This article does not represent the political views or any perspectives of the National Wire Service.